Penapis Udara Coway Kini Lebih Pintar dengan Program Filter Custom – Pilih Ikut Gaya Hidup Anda!

Home > Blog

Coway Malaysia terus komited memberikan udara bersih dan selamat kepada seluruh rakyat Malaysia. Terbaru, Coway memperkenalkan satu program inovatif iaitu Coway Air Matching Filter Programme – satu sistem penapis udara Coway yang boleh disesuaikan mengikut keperluan dan gaya hidup pengguna.

Dengan Coway air purifier ini, anda boleh pilih sendiri jenis filter yang paling sesuai untuk situasi di rumah anda. Setiap filter mempunyai kelebihan tersendiri dan direka khas untuk menangani cabaran udara yang berbeza-beza.

Coway Lombok 3 air purifier with fine dust filter feature, highlighting its ability to remove 99.99% of ultrafine dust particles, ideal for sensitive individuals

1. Fine Dust Filter – Untuk Rumah Bebas Debu Halus

Jika anda kerap bersin atau sensitif terhadap habuk, ini adalah pilihan terbaik.
Fine Dust Filter mampu menapis sehingga 99.99% debu halus di udara. Sesuai untuk mereka yang ada alahan ringan, sinus, atau mudah mengalami iritasi akibat habuk yang berterbangan dalam rumah.

Coway Storm 2 dengan Pet Filter untuk menyingkirkan 99.4% bau haiwan peliharaan, ideal untuk pemilik kucing dan anjing – Faris Coway

2. Pet Filter – Untuk Pencinta Haiwan Peliharaan

Bagi anda yang membela kucing atau anjing, bau haiwan peliharaan mungkin menjadi cabaran.
Pet Filter Coway ini direka khas untuk menapis dan mengurangkan hingga 99.4% bau haiwan peliharaan, menjadikan udara di rumah anda lebih segar dan selesa.

Sangat sesuai bagi pemilik rumah yang berkongsi ruang dengan si comel berbulu.

Coway Storm 2 dilengkapi Allergen Filter yang mengurangkan hama habuk dan debunga sehingga 99.1%, sesuai untuk penghidap alahan – Faris Coway

3. Allergen Filter – Kawal Simptom Alahan dengan Lebih Berkesan

Masalah seperti asma, bersin berulang, hidung & mata berair boleh berpunca dari debunga dan hama habuk.

Dengan Allergen Filter, 99.1% punca allergen ditapis dan dikurangkan secara berkesan. Ia membantu mewujudkan persekitaran lebih sihat, terutama bagi anak kecil dan warga emas yang mudah terkesan dengan udara tercemar.

Coway Lombok 3 dengan Kitchen Filter khas menapis gas ammonia dan bau masakan, ideal untuk ruang dapur terbuka – Faris Coway

4. Kitchen Filter – Bau Masakan & Ammonia Tak Lagi Mengganggu

Tinggal di apartment atau rumah konsep terbuka? Bau masakan mudah merebak dan sukar hilang.
Dengan Kitchen Filter, segala bau dapur dan hingga 99.5% gas ammonia boleh diserap dengan efektif.

Tahukah anda? Gas ammonia boleh datang dari peti ais (refrigerant), pencuci lantai, sabun dapur, dan glass cleaner. Pendedahan berpanjangan boleh menyebabkan iritasi mata, tekak, malah kerosakan paru-paru.

Coway kitchen filter membantu mengawal pencemaran gas ini agar rumah kekal segar dan selamat.

Promosi Terkini Penapis Udara Coway!

Sekarang adalah masa terbaik untuk pasang penapis udara Coway di rumah anda. Faris Coway kini menawarkan:

Diskaun 50% untuk 6 bulan pertama
Percuma guna bulan pemasangan
RM0 Yuran Pendaftaran – Jimat RM200
Penghantaran & pemasangan PERCUMA seluruh Malaysia
Waranti & servis PERCUMA sehingga 7 tahun

Semua tawaran ini hanya sah untuk tempoh terhad dan khas untuk pengguna lama & baru. Boleh dipadankan dengan Coway Storm 2 dan Coway Lombok 3 Air Purifier.

Berminat untuk tahu lebih lanjut tentang Coway air purifier ini?
Tak pasti filter mana paling sesuai untuk rumah anda?

📲 WhatsApp Faris Coway hari ini untuk konsultasi percuma dan booking promosi terbaik!

Coway Storm 2 ialah penapis udara berkuasa tinggi dengan liputan 360° dan peredaran udara 2.5× lebih kuat. Sesuai untuk ruang sehingga 50 m² (538 kaki persegi).

Dilengkapi dengan penapis Copper HEPA H13 yang 50% lebih besar, ia berkesan menyingkirkan zarah ultra halus, bakteria dan virus. Dengan operasi senyap (45.2 dB), penggunaan tenaga rendah (42 W), serta kawalan aliran udara pintar.

Coway Storm 2 sangat sesuai untuk mana-mana ruang dalam rumah anda.

Coway Lombok 3 menawarkan penulenan udara yang canggih dengan sistem penapisan 6 peringkat, termasuk Penapis Double HEPA yang menyingkirkan 99.999% virus serta teknologi RBD Plasma + Ioniser yang meneutralkan ancaman bawaan udara seperti SARS-CoV-2, HCoV‑OC43, dan H1N1.

Penapis Katalisnya membantu menyingkirkan VOC dan gas berbahaya, manakala ciri pintar seperti paparan kualiti udara masa nyata, sensor cahaya, dan kunci keselamatan kanak-kanak memastikan persekitaran dalaman yang lebih bersih dan selamat.

error: Content is protected !!