11 Kesilapan Yang Biasa Dilakukan Ketika Beli Penapis Air (Dan Cara Elak Supaya Tak Rugi!)

Home > Blog
Faris Coway – 11 kesilapan biasa pembeli penapis air dan cara elak supaya tidak rugi, panduan memilih penapis air terbaik di Malaysia

Air adalah keperluan asas manusia. Kita boleh bertahan tanpa makanan selama beberapa minggu, tapi tanpa air yang bersih, badan kita akan ‘give up’ dalam masa beberapa hari sahaja. Itu sebabnya, penapis air bukan lagi kategori “barang mewah” tetapi satu keperluan asas dalam rumah pada zaman serba moden sekarang.

Namun, ramai yang silap langkah ketika membeli penapis air. Hasilnya? Bukan saja duit hangus, tapi kesihatan pun terancam. Dalam artikel ini, Faris akan kongsikan 11 kesilapan paling biasa orang buat bila nak beli penapis air, beserta tips untuk elak supaya anda boleh buat pilihan terbaik untuk keluarga.

1. Tidak Mengambil Kira Reputasi Jenama & Anugerah Yang Dimenangi

Ramai pembeli terlalu fokus pada harga atau design penapis air, tapi lupa nak tengok kredibiliti jenama. Bayangkan situasi ini: penapis air tiba-tiba rosak, tapi jenama tersebut tiada pusat servis, tiada stok alat ganti, dan agen pun susah dihubungi. Hasilnya, penapis air jadi perhiasan dapur.

Jenama yang kukuh biasanya ada after sales service yang mantap, mudah hubungi, cepat respon, dan stok alat ganti sentiasa ada. Lebih penting lagi, jenama terkenal menjaga reputasi mereka, jadi mereka pastikan produk berkualiti dan selamat.

📌 Fakta: Air paip di Malaysia memang disalurkan mengikut piawaian kebersihan. Tapi proses pengangkutan dari loji ke rumah melalui paip lama yang jarang diselenggara boleh menyebabkan pencemaran karat, lumpur halus, dan bakteria boleh masuk ke sistem paip rumah anda.

💡 Tips bijak: Pilih jenama yang ada rekod anugerah. Contohnya, Coway Malaysia telah memenangi Platinum Awards Asia’s Most Trusted Brands oleh Reader’s Digest 9 kali berturut-turut sejak 2017 hingga 2025. Ini tanda keyakinan pengguna di seluruh Asia.

2. Memilih Penapis Air Yang Murah (Tanpa Kira Kualiti)

Murah tidak semestinya berbaloi. Penapis air bajet sering mengorbankan ciri penting seperti bilangan lapisan penapisan, jenis teknologi, dan kapasiti.

Contohnya, penapis air dengan hanya satu lapisan tapisan tak mampu menyingkirkan semua jenis pencemaran seperti klorin, logam berat, karat, bau, dan bakteria. Sistem tapisan asas yang baik sepatutnya ada sekurang-kurangnya dua lapisan.

Ramai yang pilih penapis air semata-mata sebab harga paling rendah, tapi lepas tu mula perasan:

  • Air tak rasa fresh lepas beberapa bulan
  • Filter cepat kotor
  • Teknologi ketinggalan zaman
  • Kos tukar filter melambung

💡 Tips bijak: Jangan nilai hanya dari harga beli. Nilai kos jangka panjang termasuk jaminan servis, penukaran filter, dan ketahanan produk. 

3. Pilih Teknologi Tapisan Yang Salah

Bukan semua penapis air sesuai untuk semua jenis air. Di Malaysia, ada pelbagai teknologi seperti:

  • Reverse Osmosis (RO) – sesuai untuk kawasan TDS (Total Dissolved Solids) tinggi kerana boleh singkirkan hampir semua mineral terlarut.
  • Ultrafiltration (UF) / Nano Filtration – bagus untuk TDS rendah, kekalkan mineral dalam air.
  • UV Filtration – membunuh bakteria, tapi tidak singkirkan bahan kimia terlarut.
  • Mineral Filtration – menambah mineral sihat ke dalam air.

Contohnya:

  • Rumah yang guna air dari perigi/boreng atau sumber tidak terawat perlukan penapis yang ada RO dan UV Sterilization untuk bunuh bakteria kerana mempunyai TDS yang tinggi
  • Rumah yang guna air paip kerajaan berklorin tinggi tetapi mempunyai TDS yang rendah sudah memadai dengan Nano Filtration atau lebih baik sistem RO untuk menyingkirkan rasa & bau klorin.

💡 Tips bijak: Tanya agen penapis air untuk terangkan fungsi setiap lapisan filter.

Minum air mineral sahaja tidak cukup untuk penuhi mineral harian.

Walaupun ada air mineral tinggi kalsium (berbeza dengan air mineral biasa) atau magnesium dan penyerapan mineralnya bagus, jumlahnya masih kurang berbanding makanan.

Contoh:

  • Air mineral tinggi Ca: ~150–500 mg/L

  • Ikan Sardin: ~325 mg/100g

  • Tofu: ~350 mg/100g

  • Kale: ~150 mg/100g (penyerapan >50%)

Kesimpulan: Air mineral bagus sebagai tambahan, tapi tetap perlu makan makanan tinggi mineral untuk cukupkan keperluan harian.

4. Memilih Penapis Air Asas (Tiada Air Panas & Sejuk)

Zaman sekarang, masa adalah segalanya. Penapis air moden bukan sekadar tapis air, tetapi memanaskan, menyejukkan, dan menyediakan air suhu bilik dalam satu mesin.

Bayangkan:

  • Kalau ada bayi, air suam sangat penting untuk bancuh susu tanpa tunggu air sejuk sendiri
  • Kalau bangun pagi, terus tekan butang untuk air panas buat kopi. Tak perlu tunggu cerek elektrik mendidih. Air panas on-demand memang jimat masa
  • Kalau suka minum air sejuk lepas balik kerja, tangki air sejuk besar memang satu nikmat
  • Atau waktu tengah panas, tekan je untuk air sejuk tanpa perlu isi botol dan simpan dalam peti

💡 Tips bijak: Fikirkan rutin harian anda. Kalau semua dalam rumah minum air suhu bilik, tak perlu beli model dengan 3–4 suhu. Sekarang dengan bayaran bulanan serendah RM54, anda boleh dapat penapis air 3-suhu yang jimat ruang, cantik, dan memudahkan kerja dapur.

5. Memilih Kapasiti Tangki Yang Tidak Sesuai

Beli tangki kecil untuk keluarga besar = sentiasa kehabisan air.
Beli tangki besar untuk keluarga kecil = pembaziran ruang dan kos.

Ini kesilapan paling ramai buat. Kadang-kadang beli penapis air tangki kecil, tapi rumah ada 6 orang. Akhirnya, air sejuk asyik habis setiap kali waktu makan malam.

Sebaliknya, ada pula yang beli tangki besar untuk rumah bujang. Memanglah tak salah, tapi kalau jarang guna, air dalam tangki akan duduk terlalu lama, rasa air pun berubah.

💡 Tips bijak: Kira purata penggunaan harian. Kalau rumah sering ada tetamu atau suka buat makan-makan, pilih kapasiti besar. Kalau tinggal berdua, kapasiti kecil sudah mencukupi.

6. Tidak Menghiraukan Jangka Hayat Filter

Ramai tak sedar, setiap filter dalam penapis air ada jangka hayat yang berbeza. Contohnya, pre-filter (pra-tapisan) biasanya perlu diganti lebih kerap berbanding filter klorin atau bau. Ini kerana pre-filter bekerja keras sebagai benteng pertama, menapis logam berat dan kotoran kasar sebelum air melalui proses penapisan seterusnya.

Kebiasaannya, pre-filter perlu diganti setiap 4 hingga 6 bulan sekali, bergantung pada jenama penapis air. Kalau penapis air yang anda beli memerlukan penukaran filter terlalu kerap, dua perkara boleh berlaku:

  1. Kualiti air terjejas bila anda terlupa menukar filter tepat pada masanya.
  2. Kos pemilikan meningkat akibat kekerapan penukaran filter.

💡 Tip Bijak: Pilih jenama yang menawarkan pakej penukaran filter secara berjadual semasa pembelian. Kalau anda suka DIY, anda boleh tukar sendiri untuk jimat kos proses tukar filter, pilih opsyen penghantaran filter baharu terus ke pintu rumah secara automatik setiap kali filter tamat tempoh.

Kalau mahu lebih tenang, laburkan sedikit untuk servis penukaran profesional supaya tak perlu risau atau terlepas tarikh tukar filter. Percayalah, ini salah satu pelaburan terbaik untuk kesihatan dan ketenangan minda anda.

7. Beli Tanpa Servis (Abaikan Kos Penyelenggaraan)

Ramai yang fikir, beli penapis air sekali sahaja, lepas tu siap. Hakikatnya, pemilikan penapis air memerlukan penjagaan berterusan supaya ia sentiasa menapis air bersih dan selamat diminum.

Bukan hanya filter yang perlu diganti, tangki simpanan air juga perlu dibersihkan secara berkala. Jika dibiarkan, filter boleh tersumbat dan akhirnya merosakkan keseluruhan sistem. Hasilnya? Kualiti air merosot, kos pembaikan melambung, malah anda mungkin terpaksa beli yang baharu.

💡 Tips bijak: Kalau nak servis sendiri, tiada masalah. Boleh jimat kos. Tapi untuk jangka masa panjang, Faris sarankan pilih jenama yang menawarkan pakej servis lengkap termasuk spare part dan waranti penuh.

Contohnya, Coway menyediakan pilihan:

  • Beli dengan waranti penuh tanpa servis berkala (anda servis sendiri ikut masa).

  • Atau tambah hanya RM5 sebulan untuk dapatkan servis maintenance setiap 4 bulan, untuk keselesaan.

Yang menariknya, Coway juga tawarkan:

  • Kos baik pulih percuma termasuk alat ganti sehingga 7 tahun.

  • Waranti penuh meliputi kerosakan akibat banjir, kebakaran, atau panahan petir.

Dengan perlindungan macam ni, anda bukan sahaja dapat air bersih setiap hari, tapi juga ketenangan fikiran tanpa risau kos tersembunyi.

8. Mengabaikan Faktor Penjimatan Tenaga

Ramai orang fokus pada fungsi penapisan air, keselamatan, dan rasa air yang lebih bersih, tapi lupa satu perkara penting: kesan pada bil elektrik setiap bulan. Penapis air moden yang ada fungsi pemanas dan penyejuk biasanya berjalan 24 jam, jadi kalau sistemnya tidak cekap, bil elektrik boleh naik mendadak. Bayangkan setiap bulan kena tambah RM20-RM50 hanya untuk operasi penapis air… memang rasa terbeban.

💡 Tips bijak: Pilih penapis air dengan sistem penjimatan tenaga seperti ECO Mode dan light sensor yang hentikan pemanasan dan penyejukan bila tidak digunakan. Air panas dan sejuk kekal lama, bil elektrik pun rendah.

Semua model Coway ada ciri ini. Jimat elektrik tanpa kompromi pada prestasi. Untung kan?

9. Cash vs Installment: Salah Buat Pilihan?

Ramai terus mengelak bila dengar pasal kontrak, sebab tu ramai pilih beli tunai. Masalahnya, bila bayar cash, ramai cenderung beli yang murah sekadar cukup ada penapis air. Padahal, penapis air yang betul-betul bagus dan selamat biasanya berharga ribuan ringgit. Bagi yang mampu, tiada masalah untuk bayar sekali gus. Tetapi untuk kebanyakan orang, mengeluarkan jumlah besar sekaligus memang terasa berat.

Pilihan ansuran pun ada cabaran: kontrak dan komitmen bulanan. Memang susah nak dapat semua yang kita nak. Jadi, kena kira betul-betul dan pilih ikut keselesaan kewangan.

💡 Tips bijak: Pilihan ansuran pula ada kontrak, tapi ia beri lebih banyak kelebihan. Contohnya di Coway Malaysia:

  • Beli Tunai: Dari RM3,500 untuk penapis air mineral 3 suhu Coway NeoN dengan servis PERCUMA 1 tahun.
  • Ansuran Bulanan: Serendah RM59 sebulan sehingga 84 bulan, termasuk jaminan penuh seperti:
    • Servis maintenance setiap 4 bulan.
    • Tukar filter berjadual setiap 6 bulan.
    • Percuma alat ganti, labour cost, dan pembaikan tanpa had.
    • Waranti penuh sehingga 7 tahun.
    • Penggantian unit 1-to-1 jika rosak akibat banjir, kebakaran, atau petir.
    • Promosi daftar, hantar, dan pasang PERCUMA bernilai RM200 tanpa deposit.

CUMA… bila beli ansuran memang ada kontrak. Tapi fikir balik, air bersih ni kita perlukan seumur hidup. Jadi, kalau pelaburan tak sampai 5% gaji bulanan dah dapat air panas, sejuk, dan selamat setiap hari, kontrak tu tak terasa pun.

Tambahan pula, promosi Coway berubah setiap bulan dan memang menggiurkan. Boleh semak promosi terkini di pautan Faris Coway.

Dengan ansuran, anda bukan sekadar beli penapis air, tetapi juga beli ketenangan minda

10. Tak Baca Review Pelanggan

Ramai orang terus beli tanpa semak review atau feedback pengguna sedia ada, dan ini memang kesilapan besar. Review daripada pengguna sebenar boleh beri gambaran jelas tentang kualiti air, ketahanan produk, dan servis selepas jualan. Maklumat ini sangat penting, terutamanya untuk produk yang digunakan jangka masa panjang seperti penapis air.

Sama macam beli kereta, pilihlah yang reliable supaya boleh digunakan lama tanpa sakit kepala.

💡 Tips bijak: Luangkan masa baca review di media sosial, Google, atau minta testimoni daripada agen.

11. Tidak Pastikan Status Halal Filter (Untuk Muslim)

Sebagai rakyat Malaysia dengan populasi Islam hampir 62%, memastikan apa yang kita minum itu halal adalah sangat penting termasuk penapis air di rumah kita.

Bayangkan, setiap hari anda saring air untuk keluarga tersayang… tapi tak semak status kehalalannya. Walaupun ia nampak biasa, dalam Islam kita wajar memastikan segala penggunaan walaupun filter penapis perlu memenuhi syarat halal.

💡 Tips bijak: Pastikan filter diiktiraf halal oleh JAKIM. Semua filter Coway di Malaysia mempunyai sijil halal sah.

Final Thoughts

Beli penapis air bukan sekadar ikut trend atau cantik di dapur. Ia adalah pelaburan untuk kesihatan keluarga dan kualiti hidup.

Kesilapan besar seperti memilih jenama tidak terkenal, beli terlalu murah, atau abaikan servis boleh membawa kepada kos tinggi dan risiko kesihatan. Sebaliknya, pilihan bijak adalah pilih jenama yang terbukti, teknologi yang sesuai, kapasiti yang tepat, servis yang terjamin, dan ciri mesra pengguna.

Coway menawarkan semua itu dalam satu pakej dari penapisan berkualiti, servis profesional, waranti penuh, hingga fleksibiliti bayaran. Dengan kos serendah RM54 sebulan atau kurang daripada 5% daripada gaji bulanan, anda boleh pastikan air minuman keluarga sentiasa bersih, selamat, dan mudah didapati 24 jam.

Ingat: Air yang baik = kesihatan yang baik. Jangan tunggu sampai terlambat. Mulakan langkah bijak hari ini untuk melindungi keluarga anda.

Kalau anda nak dapatkan penapis air yang sesuai tanpa pening kepala, boleh je hubungi Faris Coway. Faris bantu terangkan semua pilihan ikut bajet dan keperluan rumah anda. Faris dah bantu ramai keluarga di Malaysia, dan saya boleh pastikan anda dapat air bersih, segar, dan selamat setiap hari.

  • Panel digital sentuhan moden – rekaan minimalis dan mesra pengguna
  • 3 suhu air: panas, sejuk & suhu bilik (ambient)
  • Kapasiti tangki:
    • Air sejuk: 1.5 L

    • Air panas: 1.0 L

    • Suhu Bilik: Direct Flow (tanpa tangki)

  •  Tetapan isipadu air automatik:
    • 120ml, 550ml & 1500ml – sesuai untuk cawan, botol & periuk

  •  Eco Mode – jimat tenaga bila lampu malap atau waktu malam
  •  Kunci keselamatan untuk air panas – elak kemalangan pada kanak-kanak
  •  Paip boleh tanggal (detachable faucet) – mudah dicuci dan lebih bersih
  • Harga Dari RM27* Sebulan
  • Reka bentuk kompak & praktikal – sesuai untuk dapur kecil

  • 3 suhu air: Panas, Sejuk & Suhu Bilik (Ambient)

  • Kapasiti tangki(5.8L):

    • Air Suhu Bilik (Ambient): 2.5L

    • Air Sejuk (Cold): 2.3L

    • Air Panas (Hot): 1.0L

  • Eco Mode – penjimatan tenaga secara automatik
  • Kunci keselamatan air panas – untuk keselamatan kanak-kanak

  • Paparan Moden: Skrin digital panel sentuh yang memudahkan kawalan rekaan terbaru
  • 4 Pilihan Suhu Air:
    • Panas

    • Suam (sesuai untuk bancuhan susu bayi)

    • Sejuk

    • Suhu Bilik (Ambient)

  • Kapasiti Tangki (11.4 Liter):
    • Ambient (Suhu Bilik): 6.1 L

    • Cold (Sejuk): 2.6 L

    • Hot (Panas): 2.7 L

  • Tetapan Isi Padu (Volume Control):
    • Boleh pilih 180ml, 500ml atau 1,000ml dengan satu sentuhan

  • Ciri Tambahan:
    • Sterilisasi UV automatik – UV sterilisation membunuh 99.9% bakteria berbahaya seperti E. coli, S. aureus dan P. aeruginosa yang boleh menyebabkan keracunan makanan, cirit-birit dan jangkitan serius.

    • Eco Mode (penjimatan tenaga)
    • Child Safety Lock

  • Harga bermula dari RM37* sebulan
  • Jenis Floor Standing (Berdiri sendiri, tidak perlu letak atas meja)
  • Modern Touch Panel
    – Kawalan sentuhan moden & intuitif
  • 3 Suhu Air Panas, Sejuk, dan Suhu Bilik
  • Kapasiti Tangki 21.1 Liter (Paling besar untuk kategori Penapis Air di Malaysia):
    • Suhu Bilik: 11.3L
    • Sejuk: 6.0L
    • Panas: 3.8L
      (Sangat sesuai untuk kegunaan ramai seperti keluarga besar atau pejabat)
  • Tetapan Isi Padu
    – Pilihan jumlah air: 125ml, 250ml, 500ml, atau tanpa had
  • Sistem Penapisan 6-Langkah + UV Sterilisation
    – Penapisan menyeluruh & membunuh 99.9% bakteria berbahaya seperti E. coli, S. aureus, dan P. aeruginosa
  • Ciri Ergonomik
    – Rekaan tinggi selesa tanpa perlu tunduk
  • Built-in Hidden Wheels
    – Roda tersembunyi untuk mudah dialihkan & dibersihkan
  • Child Safety Lock
    – Untuk keselamatan daripada air panas
  • Harga dari RM47* sebulan
error: Content is protected !!