3 Cara Bayar Coway Dengan Mudah & Cepat

Hai, admin nak share pasal cara bayar coway dengan mudah dan cepat selain dari autodebit bulanan. Tapi untuk yang dah pasang sahaja tau. Yang baru nak pasang tu wajib guna autodebit kad kredit/debit atau pemotongan terus dari akaun bank.

Alright. Terdapat lebih dari dua cara yang sangat mudah untuk korang buat bayaran. Cara bayar coway yang pertama ialah:

1. Bayaran melalui akaun CIMB atau Mesin Deposit Duit (CDM) CIMB.

Setiap produk Coway korang akan ada satu nombor akaun khas 14 digit (e.g 98992900xxxxxx). Untuk dapatkan nombor akaun ni korang boleh tanya kan agent Coway yang korang beli tu atau boleh tanyakan Coway Lady (CODY) yang datang servis tiap 2 bulan atau boleh terus call customer servis hotline 1800888111.

Lepas dah dapat nombor Virtual Account (VA) 14 digit ni, korang boleh transfer guna kaedah instant transfer melalui online banking. Satu lagi boleh bank in terus guna Cash Deposit Machine (CDM). Senangkan cara bayar coway ni.

2. Bayar guna JOMPAY untuk online banking.

Selain cara bayar coway melalui Virtual Account CIMB, Anda juga boleh buat bayaran secara online pakai JOMPAY. Senang sangat, pakai smartphone sahaja.

Nota penting: pastikan korang ada 2 maklumat penting ni dulu sebelum buat JOMPAY.

1. Biller Code: 9928 (biller code ni sama je untuk semua jenis bank)
2. Reference ID: tujuh digit nombor khas untuk produk coway korang. (Boleh tanyakan dekat agent, Cody atau call Careline) (e.g 24868101)

Lepas korang ada dua maklumat ni boleh la buat payment. Cara dia ter-amat-lah mudah.

1. Login online banking korang
2. Pilih pay bills – JOMPAY
3. Masukkan biller code: 9928
4. Masukkan 7 digit reference no. (E.g: 24868101)
5. Masukkan amount yang korang nak bayar
6. Request TAC atau approve transaction
7. Pastikan keluar status “successful” dan ada payment reference
8. Screenshot gambar transaksi untuk rekod

Haaa, mudahkan? Cara ni senang incase korang nak bayar lebih untuk bulan tersebut. So bulan depan dah tak perlu bayar sebab dah bayar lebih kan.

3. Bayar kepada Coway Lady (CODY) yang datang servis tiap 2 bulan sekali

Selain tu, korang boleh bayar direct kepada CODY yang datang servis penapis air dan udara Coway dekat rumah. Tapi CODY datang 2 bulan sekali kan, kalau korang bayar 2 bulan sekali akan ada handling fee RM10 sebab tunggakan lebih 2 bulan.

Pastikan korang dapatkan resit bayaran daripada CODY untuk rekod bayaran tau. If anything korang boleh terus call customer careline coway di 1800888111

 Jimat RM800 untuk Coway Lombok II. Harga asal RM104 sebulan

Free yuran daftar, Free Hantar & Pasang.

Free facemask, Free servis tilam & Free Gifts dibawah.

1 thought on “3 Cara Bayar Coway Dengan Mudah & Cepat”

  1. Pingback: How To Check Coway Outstanding Balance - Faris Coway

Comments are closed.

error: Content is protected !!